KELAS E-Learning- Membuat Subjek Matematik Asas Online
21 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 20/02/2024, Pihak NaDi Piasau Utara telah mengadakan kelas sambungan E-Learning bersama pelajar sekolah iaitu mempelajari cara menjawab subjek matematik secara online. Kelas diadakan pada 2.00 petang dan berakhir jam 4.00 petang. Kelas ini diadakan agar para pelajar dapat dapat memahami subjek matematik dengan lebih berkesan dan mudah difahami. Dengan dibimbing oleh tenaga pengajar NaDi para pelajar lebih mudah menjawab soalan yang disediakan. Kelas matematik online ini sedikit sebanyak dapat membantu ibubapa yang risau anak mereka ketinggalan dalam pelajaran untuk mendapat pencapaian matematik yang lebih baik.
Kelas yang diadakan oleh pengajar NaDi sekaligus tak hanya belajar di kelas mingguan malah ada program serta latihan intensif khas yang membuatkan pemahaman pelajar pada matematik akan jadi semakin menyeluruh dan soalan-soalan susah akan jadi semakin senang untuk mereka fahami.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: